top of page

Aktiviti Kokurikulum Mingguan

Alhamdulillah pada hari ini para pelajar Imtiyaz telah menjalani aktiviti kokurikulum mingguan yang telah dijalankan di sekitar kawasan sekolah.

Pada awal pagi selepas kelas hafazan Al-Quran, para pelajar lelaki telah mengasah bakat memanah bersama jurulatih bertauliah sebelum disusuli oleh pelajar perempuan sejam berikutnya.

Pada selepas asar pula, para pelajar telah berpeluang menimba pengalaman menjalani aktiviti berkayak di tasik sekolah yang terletak di hadapan Dewan Suria. Setiap pelajar telah berpeluang untuk berkayak secara berpasangan sambil dibimbing oleh beberapa orang jurulatih berpengalaman. Sebelum menamatkan aktiviti tersebut, pelajar turut menjalani aktiviti ‘Water Confident’ yang merupakan pendahuluan dalam latihan berenang.

Semoga anak-anak Imtiyaz terus cemerlang dan menjadi huffaz yang cergas dan sihat.

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page