top of page

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2019

Sabtu, 16 November : Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan pihak Maahad ILMU untuk melaksanakan Hari Anugerah Kecemerlangan 2019 bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan bagi keseluruhan 4 semester bagi tahun 2019.

Pelbagai anugerah telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang sememangnya layak. Selain itu, para pelajar juga turut memberikan beberapa persembahan yang menarik dan menyalurkan mesej yang mendalam ketika majlis sedang berlangsung. Persembahan para pelajar ini dipandu dan dilatih oleh para guru ILMU sendiri.

Beberapa tetamu kehormat turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis yang penuh gemilang. Antara tetamu kehormat tersebut ialah Pengerusi Jemaah Pengurusan (JP) ILMU sendiri, Prof Emirita Puan Sri Datuk Dr Hajah Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Pengasas Sekolah Imtiaz Terengganu, Yang berbahagia Toh Puan Che Kamariah binti Zakaria, Bendahari JP ILMU, Puan Aina Bisyarah binti Shafie, AJK JP ILMU, Ustaz Dr Wan Zakry bin Wan Kamaruddin, Pengerusi Jawatankuasa Penaja Muafakat ILMU, Prof Madya Dr Mohd Jaffary bin Awang, dan Penolong Kanan ILMU, Puan Hajah Rosnani binti Hamid.

Turut dijemput barisan AJK Penaja Muafakat ILMU 2019, para ibu bapa dan keluarga pelajar ILMU sendiri.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan nasyid Asmaul Husna, nyanyian lagu Negaraku dan laungan Semangat Imtiyaz yang dipandu oleh para pelajar dari kelas 1 Ibnu Batuttah. Kemudian, para tetamu membaca doa yang dikemudi oleh Muhammad Anas bin Abdul Rahman sebelum disajikan dengan persembahan bacaan al-Quran dan terjemahan oleh Amir Hakimi bin Amir Sabri dan Safwan Hakimi bin Mohd Ngatipudin. (rakaman di SINI)

Setelah persembahan itu, hadirin mendengar tiga ucapan khusus daripada Ketua Umum 2019, Muhammad Muizzuddin bin Samali, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penaja Majlis Muafakat ILMU 2019, Prof. Madya Dr Jaffary bin Awang, dan akhir sekali ucapan daripada AJK Ahli Jemaah Pengurusan ILMU, Ustaz Dr Wan Zakry bin Wan Kamaruddin sebagai mewakili Tuan Pengetua, Tuan Haji Shamsuddin bin Said yang tidak dapat hadir.

Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj dan persembahan choral speaking oleh semua pelajar banat Tingkatan 1 dan pendeklamasian sajak yang dipersembahkan oleh Muhammad Amsyar Faris bin Shaharuddin.

Kemudian, majlis penyampaian hadiah pun bermula. Anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Tokoh Pelajar 2019. Hadiah telah disampaikan oleh YBhg Toh Puan Che Kamariah binti Zakaria diiringi Puan Hajah Rosnani binti Hamid.

Berikut adalah penerima anugerah utama Tokoh Pelajar 2019 :

Anugerah Tokoh Pelajar : Muhammad Nur Imaduddin bin Mohd Sheeril Azri

Anugerah Tokoh Huffaz Terbaik : Nik Muhammad Wafiy Afnan bin Mohd Wahi

Anugerah Tokoh Akademik : Aliya Zulaikha binti Mohd Rizal

(rakaman majlis penyampaian sijil Anugerah Tokoh di SINI)

 

Selesai penyampaian anugerah tersebut, hadirin disajikan lagi dengan bakat-bakat terpendam daripada anak-anak ILMU sendiri. Meskipun umur yang masih muda, pelbagai persembahan menunjukkan usia tidak menghalang mereka daripada mengembangkan bakat masing-masing. Antara persembahan yang diberikan ialah :

1) Sketsa Arab

-Muhammad Adam bin Idris

-Muhammad Imaduddin bin Sheeril Azri

-Naseh Amin bin Mohammad Afandi

-Tuan Muhammad Fairuz Hakim bin Tuan Mohd Fazli

-Muhammad Akif Farhan bin Roszahar

-Iman Azzawawi bin Norazman

-Ahmad Imtiyaz Zikri Qalamy bin Mohd Zamani

-Nik Muhammad Wafiy Afnan bin Mohd Wahi

-Ahmad Hazique Adam bin Hairunezam

-Muhammad Hariz bin Mohd Rakiff

-Muhammad Ali Redha bin Muhammadul Bakir

2) Nasyid Bahasa Arab bertajuk Hanya Rindu

-Mohd Fikri Hakimi bin Jaffary

-Amir Hakimi bin Amir Sabri

-Adriel Muiz bin Mohd Khairi Nizam

3) Nasyid Bahasa Arab bertajuk اللغة العربية قمة النجاح (Bahasa Arab Mercu Kejayaan)

-Adam Syakir bin Azman

-Muhammad Nur Imaduddin bin Sheeril Azri

-Muhammad Adam Hijazi bin Abdul Rahim

-Muhammad Irsyad Syazwi bin Rosmara

-Muhammad Adam Haiqal bin Mohd Firdaus

-Muhammad Anas bin Abdul Rahman

-Muhammad Haziq bin Mohd Rizal

-Ainul Roshan bin Asrihan

(rakaman persembahan di SINI dan di SINI)

 

Kemudian, majlis penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan Anugerah Tokoh Kemahiran Komunikasi Islam 2019, Anugerah Terbaik Kategori Al-Quran 2019 serta penerima anugerah terbaik mengikut subjek.

Berikut adalah senarai penerima anugerah.

Senarai penerima Tokoh Kemahiran Komunikasi Islam 2019 :

Daie Muda : Muhammad Anas bin Abdul Rahman

Imam Muda : Safwan Hakimi bin Mohd Ngatipudin

Muazzin Muda : Muhammad Fikri Hakimi bin Jaffary

Rawi Muda : Muhammad Fakhrul Azri bin Mohd Fairoz

Senarai penerima Anugerah Terbaik Kategori Al-Quran 2019 :

Proaktif : Aisyah binti Saifuddin

Progresif : Tuan Muhammad Fairuz Hakim

Disiplin : Nurhanis Afifah binti Ahmad Taufiq

Tahriri Terbaik : Muhammad Haziq bin Mohd Rizal

 

Pihak ILMU mengucapkan sekalung tahniah kepada semua penerima anugerah pada Hari Anugerah Kecemerlangan 2019. Semoga dengan anugerah ini dapat meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan anak-anak ILMU. Juga jutaan terima kasih kepada para guru khususnya yang bertungkus-lumus dan berpenat-lelah mendidik dan mengajar para pelajar ILMU siang dan malam.

Tidak lupa juga kepada pihak pentadbir ILMU, Pengerusi AJP ILMU, Prof Emirita Puan Sri Datuk Dr Hajah Mizan Adiliah binti Ahmad Ibrahim, Tuan Pengetua, Tuan Haji Shamsuddin bin Said (Walid), Penolong Kanan, Puan Hajah Rosnani binti Hamid (Bonda), serta semua Ahli Jemaah Pengurusan ILMU yang sentiasa menyokong dan memandu pergerakan ILMU. Tidak lupa juga pada ibu bapa dan hadirin yang memberi sokongan dan memeriahkan majlis yang berlangsung. Semoga semua amalan kita diterima oleh Allah SWT. InsyaAllah.

Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page