ASIS
Pada 15 Januari yang lalu, ILMU dengan berbesar hati telah menghantar seramai 4 orang guru dan staf ILMU untuk menjalani latihan selama dua hari di syarikat AWFATECH GLOBAL SDN BHD. Hal ini adalah sebagai persediaan untuk menjadikan ILMU salah sebuah sekolah tahfiz akademik yang dapat bersaing dengan sekolah-sekolah ternama dan terkemuka di segenap pelusuk tanah air.
Guru-guru dan staf yang terlibat adalah Ustaz Hafiz, Ustazah Fatin, Cikgu Nadia dan Puan Hayati. Latihan ini memberi pendedahan kepada ILMU tentang perlaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah Bersepadu atau Advance School Information System (ASIS). Sistem ini membolehkan para murid, guru serta ibu bapa mengakses maklumat dan berkomunikasi dengan lebih baik.
Terima kasih kepada para ibu bapa yang terus memberikan kepercayaan kepada ILMU untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk anak-anak anda.