top of page

AKTIVITI MINGGUAN KOKURIKULUM: BADAN BERUNIFORM PENGAKAP

Pada 8 Februari 2020 telah diadakan perjumpaan mingguan Badan Beruniform Pengakap di dewan terbuka ILMU yang berlangsung selama 2 jam. Aktiviti utama yang dilakukan adalah guru penasihat memberi penerangan dengan lebih mendalam mengenai latar belakang pergerakan Pengakap, iaitu pengasas Pengakap dunia, sejarah Pengakap Malaysia, cogan kata sebagai ‘Pengakap Muda’, Hormat Pengakap, Persetiaan Pengakap serta etika pemakaian seragam yang lengkap.

Selain itu, ahli-ahli pengakap perlu menyanyikan lagu rasmi Pengakap Malaysia dan mempelajari tepukan pengakap sebagai identiti utama dalam kepengakapan.


Antara aktiviti yang dijalankan:


Guru penasihat memberi penerangan mengenai latar belakang pergerakan Pengakap kepada ahli-ahli pengakap.



Guru penasihat menunjukkan cara yang betul untuk membuat Hormat Pengakap.



Ahli pengakap berlatih membuat Hormat Pengakap.





Ahli pengakap mendengar lagu Pengakap.



Ahli-ahli pengakap melukis Hormat Pengakap dan Cogan Kata Pengakap seta menulis lirik Lagu Pengakap di dalam buku log masing-masing.


Perjumpaan mingguan ini diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi Pengakap Malaysia dan juga tepuk pengakap.


ALIA NAIM ABD RANI

Guru Penasihat

Badan Beruniform Pengakap ILMU

Commenti


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page