#KITA JAGA KITA
Menyahut saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, unit asrama bersama para kakitangan ILMU sentiasa mengambil berat akan penjarakan sosial dan kebersihan kawasan asrama dan kelas.
Gotong royong mingguan asrama diadakan seminggu sekali bersama dengan proses sanitasi bagi menjaga keselamatan pelajar dan guru. Para guru dan pelajar sentiasa menyapu sanitizer sebelum waktu persekolahan dan selepas waktu persekolahan. Para pelajar dan guru juga sentiasa diingatkan supaya kerap membasuh tangan dengan sabun dan menjaga kebersihan untuk mengelak daripada sebarang penyakit. Bersama kita mencegah dan mengawal COVID 19.
Comments