top of page

PERTANDINGAN IMTIYAZ GOT TALENT 2020

Bersempena dengan cuti Hari Kemerdekaan yang lalu, pihak sekolah telah menganjurkan sebuah pertandingan yang julung kali diadakan bagi membuka ruang kepada para pelajar Maahad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab untuk mempersembahkan bakat masing-masing. Pertandingan tersebut telah diadakan pada malam 30/8/2020 (Ahad) melibatkan 10 peserta/kumpulan yang terpilih selepas sesi saringan. Pengarah program yang bertanggungjawab menguruskan pertandingan ini ialah Ustaz Muhammad Harris Syazwan bin Ismail dibantu Ustazah Amirah Qurratul Ain selaku pembantu pengarah, serta diadili oleh tiga orang panel penilai yang terdiri daripada guru-guru Imtiyaz ILMU iaitu Ustaz Syakir Zamzam (Ketua Juri), Ustazah Amirah Qurratul Ain dan Ustazah Syaima' Adniyyah.



OBJEKTIF PERTANDINGAN


1) Membuka ruang kepada para pelajar untuk mempersembahkan dan menonjolkan bakat masing - masing.

2) Melatih pelajar dalam usaha mengembangkan bakat yang dimiliki di samping mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam.

3) Membantu pembangunan insaniah pelajar supaya pelajar lebih yakin dan berani untuk bercakap dan berhadapan dengan khalayak ramai.

4) Melatih dan memberi pengalaman kepada para pelajar dalam menguruskan program sekolah melalui bimbingan serta nasihat guru-guru.

JAMUAN MAKAN MALAM

Program pada malam tersebut dimulakan pada jam 9.00 malam setelah selesai solat Isyak berjemaah dengan jamuan makan malam melibatkan semua pelajar, para guru, barisan pentadbir serta para tetamu yang turut diundang bagi memeriahkan majlis.



PERMULAAN MAJLIS

Pada jam 9.30 malam setelah sesi jamuan makan malam berakhir, para hadirin mengambil tempat di Dewan Suria bagi menantikan permulaan majlis. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis iaitu saudari Aisyah Mardhiah bagi membuka tirai majlis. Seterusnya, diikuti dengan pimpinan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Muhammad Nasirrudin bin Mohamed Iqbal bagi memberkati majlis.



PENTAS IMTIYAZ GOT TALENT DIBUKA

Tirai pertandingan Imtiyaz Got Talent 2020 dibuka dengan menampilkan seramai 10 orang perserta/kumpulan terpilih yang mempersembahkan bakat dan kebolehan masing-masing. Persembahan-persembahan tersebut merangkumi persembahan nasyid berkumpulan, nyanyian lagu Islamik, mendeklamasikan sajak dan lakonan pentas. Seramai lima orang peserta/kumpulan membuat persembahan bagi sesi yang pertama manakala baki lima orang peserta/kumpulan seterusnya membuat persembahan bagi sesi yang kedua. Masa yang diperuntukkan untuk membuat persembahan adalah selama 10 minit bermula apabila peserta naik ke atas pentas. Setiap peserta mempersembahkan persembahan masing-masing dengan penuh bertenaga, bersemangat dan mengandungi daya kreatif yang tersendiri.


BARISAN JURI

Barisan juri Imtiyaz Got Talent 2020 diketuai Ustaz Muhammad Syakir bin Zam Zam selaku ketua juri dibantu oleh Ustazah Amirah Qurratul Ain binti Mohd Rizal dan Ustazah Syaima’ Adniyyah binti Che Ismail.


KEPUTUSAN AKHIR IMTIYAZ GOT TALENT 2020


Johan : Kumpulan Nasyid Soul of Ilmu

Naib Johan : Kumpulan lakonan pentas Sunflower

Tempat ketiga : Kumpulan lakonan pentas Islamic Actor


Johan Imtiyaz Got Talent 2020 membawa pulang Piala Pusingan Kemenangan, Piala Kemenangan, Piala Peserta, Sijil Penyertaan dan Cenderahati.


TALENT OF THE YEAR 2020

Saudara Amir Hakimi bin Amir Sabri yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid Soul of Ilmu dipilih sebagai Talent of The Year Imtiyaz Got Talent 2020.


Peserta yang tidak berjaya menduduki tiga tempat teratas membawa pulang Piala Peserta, Sijil Penyertaan dan Cenderahati.


SESI PENUTUP

Malam pertandingan Imtiyaz Got Talent 2020 ditutup dengan sesi bergambar para pelajar, guru-guru, barisan ahli jawatankuasa serta para tetamu jemputan yang turut hadir bagi menjayakan pertandingan tersebut.



KALAM PENGARAH PROGRAM

" Malam pertandingan Imtiyaz Got Talent 2020 dapat dijayakan dengan penuh meriah hasil kerjasama dan sokongan penuh barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa, para perserta serta para pelajar yang berganding bahu bagi memastikan pertandingan yang julung kali diadakan ini dapat berlangsung dengan lancar. Mewakili barisan pengurusan dan urusetia pertandingan, ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang sesi pertandingan tersebut dijalankan. Harapan buat para pelajar, semoga segala ilmu baru, pengalaman dan semangat yang diperoleh dapat dijadikan pemangkin kepada kecemerlangan dalam semua bidang merangkumi bidang akademik dan pembangunan insaniah. Jika tiada aral melintang, InshaAllah pertandingan seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membuka ruang kepada para pelajar menonjolkan bakat masing-masing dan memperoleh pengalaman yang berharga. "


Ustaz Muhammad Harris Syazwan Bin Ismail,

Pengarah Program Imtiyaz Got Talent 2020.

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
No tags yet.
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
bottom of page