Search
PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU BAHASA ARAB
- Syaima' Adniyah Che Ismail
- Oct 31, 2020
- 1 min read
Pelbagai teknik dan pendekatan yang diambil bagi memastikan murid menguasai kosa kata bahasa yang dipelajari. Antara cara yang digunakan oleh guru Bahasa Arab ialah dengan teknik menyanyikan lagu. Oleh itu, Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan pertandingan nyanyian lagu Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 1. Terdapat 4 kumpulan yang bertanding. Para pelajar perlu menghafaz kosa kata yang mereka pelajari dalam buku teks Bahasa Arab dengan menggunakan lagu yang dicipta oleh setiap kumpulan berdasarkan kreativiti masing-masing. Pertandingan ini telah diadakan pada: Tarikh : 11/10/2020 Hari : Ahad Tempat : Dewan Makan Imtiyaz ILMU





Tahniah kepada semua peserta kerana telah membuat persembahan yang terbaik. Peserta mampu menyanyikan kosa kata dalam bahasa Arab dengan baik sekali. Alhamdulillah.