PROGRAM USRAH MINGGUAN DAN BEDAH KITAB
Bermula awal Julai 2020, satu program tarbiah telah dirangka di bawah seliaan Ustazah Amirah selaku Naib Penyelaras Unit Badan Dakwah Dan Rohani. Program Usrah Mingguan dan Bedah Kitab ini telah dijalankan secara berkala pada setiap hujung minggu bertujuan untuk mempertingkatkan modal insan para pelajar.
OBJEKTIF PROGRAM
Melahirkan para pelajar yang bukan sahaja hebat dalam akademik semata, namun sahsiah yang seiring.
Melatih para pelajar untuk berani bercakap didepan khalayak ramai.
Mendisiplinkan para pelajar untuk menelaah buku dan tekun dalam penulisan.
Memperkukuhkan ukhuwah dikalangan rakan dan guru.
Program ini telah dijalankan secara berjadual, ini dimana para pelajar tingkatan dua telah ditugaskan untuk memberi ceramah motivasi atas bimbingan Ustazah Amirah. Hal ini bertujuan untuk melahirkan jiwa pembimbing kepada pelajar tingkatan dua selaku senior di sekolah. Program ini dijalankan bermula dengan kata-kata aluan oleh moderator yang dilatih sebelum majlis, disusuli bacaan doa melalui wakil pelajar dan bermula sesi perkongsian oleh wakil penceramah dan diakhiri dengan sesi soal dan jawab serta pemberian hadiah kepada pemenang.
Antara pengisian yang telah dijalankan.
Tarikh :24/7/2020
Moderator : Ain Syahirah
Pembaca Doa : Aisyah Mardhiyah
Penceramah 1 : Ustazah Amirah
Tajuk : Tafsiran Surah Al Kahfi dan Kaitannya dengan Covid 19
Penceramah 2 : Faiha Hasri
Tajuk Buku : Kepimpinan Kesultanan Muhammad Al Fateh
Tarikh : 7/8/2020
Moderator : Alia Zulaikha
Pembaca Doa : Iman Sarah
Penceramah 1 : Hani Batrisya
Tajuk Buku : Buku Tarbiah Sentap (Hidayah Dari Allah)
Penceramah 2 : Ustazah Amirah
Tajuk : Nikmat Iman Dan Islam
Tarikh :14/8/2020
Moderator ; Yasmin Azali
Pembaca Doa : Hannah Azis
Penceramah 1 ; Ustazah Amirah
Tajuk : Masalah Gejala Sosial Dikalangan Remaja Sekolah dan Apa itu LGBT
Tarikh : 28/8/2020
Moderator : Aisyah Safuddin
Pembaca Doa : Sofea Irdina
Pembaca Doa ; Qurrotu Ain Soleha
Penceramah : Aisyah Mardhiyah
Tajuk Buku : Buku Tarbiah Sentap ( Ujian Tanda Allah Sayang)
Penceramah ; Ustazah Amira
Tajuk : "Andai Kau Takut Pada Kegelapan, Yakinlah Bahawa Allah Datangkan Engkau Sebagai Cahaya Yang Akan Menerangi Kegelapan Itu"
Tarikh :4/9/2020
Moderator ; Farahzira Amira
Pembaca Doa : Hani Qistina
Penceramah : Alia Zulaikha
Tajuk Buku : Pengorbanan Ayah Ibu
Penceramah : Ustazah Amira
Tajuk : Sesi Tarbiah dan Sentuhan Jiwa
Menerusi program ini dapat dilihat kesan yang amat mendalam terhadap jiwa anak-anak, sesi usrah dan perkongsian ini merupakan suatu terapi jiwa buat anak-anak bergelar pelajar tahfiz berasrama. Di bawah seliaan Unit Badar juga, perancangan seterusnya adalah ingin mengadakan program Usrah Gabungan dimana gabungan diantara pelajar lelaki dan perempuan, seterusnya Usrah Perdana dimana penceramah jemputan dari luar akan dijemput untuk menyampaikan ceramah. Seterusnya, pelajar yang sudah dilatih dan berpotensi akan digilap untuk menjadi Naqib dan Naqibah ( Pembimbing) kepada para adik-adik junior di tahun hadapan. Semoga dengan usaha ini akan melahirkan para pelajar yang bukan hanya hebat dalam akademik, menjadi penghafal Al Quran akan tetapi menjadi pengamal isi Al Quran dan menjadi contoh suri teladan kepada orang lain.
Comments