SUNTIKAN PENCEGAHAN HPV (HUMAN PAPILLOMAVIRUS)
Pada 6 Oktober 2020, suntikan HPV dos pertama telah dijalankan di Mahaad Imtiyaz Integrasi Ilmuan Ulul Albab (ILMU) yang dianjurkan oleh Unit Kesihatan ILMU. Suntikan dijalankan di Mehrab Banat. Sasaran pelajar yang terlibat ialah pelajar perempuan tingkatan satu dan dua. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh jururawat yang bertugas dari Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat, iaitu Pn. Norasmat binti Derashid. Taklimat yang diberikan adalah untuk memberi kesedaran tentang risiko dijangkiti HPV dan juga kepentingan melengkapkan 3 dos suntikan.
Menerusi suntikan HPV ini, ianya boleh melindungi mereka daripada mendapat kanser servik pada masa akan datang.
Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pn. Norasmat binti Derashid selaku jururawat bertugas
Jururawat membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum memulakan suntikan HPV
Jururawat membuat persiapan peralatan yang diperlukan untuk suntikan HPV
Sesi suntikan HPV dijalankan
Alhamdulillah, sesi suntikan HPV dos pertama ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.30 pagi.
ALIA NAIM BINTI ABD RANI
Penyelaras Unit Kesihatan ILMU 2020
Comments